CERAMAH PERDANA BERSAMA PAS & PKR July 19, 2007
Posted by dppksetiu in Artikel.add a comment
Tarikh : 27 Julai 2007
Hari : Jumaat mlm Sabtu
Tempat : Markas PAS Kg.Telaga Papan, Setiu
Masa: 9.00 mlm
Penceramah:
1. Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Ketua PKR
2. Ybhg Mustaffa Kamil Ayub – N.Presiden PKR
3. Pimpinan PAS Negeri.
Negara kebajikan, negara keadilan prinsip manifesto PAS – Abdul Hadi July 9, 2007
Posted by dppksetiu in Artikel.add a comment
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) – Negara kebajikan dan negara keadilan untuk semua merupakan prinsip utama manifesto bersama PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dalam pilihan raya akan datang.Antara yang akan diperjuangkan termasuklah gaji minimum, rawatan serta pendidikan percuma. Demikian antara yang disuarakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai persediaan PAS dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
UMNO Tidak Serius Jaga Melayu July 8, 2007
Posted by dppksetiu in Berita.add a comment
Sumber asal :http://www.buletinupkn.info
KOTA BHARU, 22 Jamadil Akhir 1428 – Umno dikatakan begitu sinonim dengan perjuangan Melayu. Malah, sering menghunus keris pada persidangan agungnya. Namun, menghairankan mengapa orang Melayu terpinggir di negeri yang berketuakan pemimpin Umno.
Inilah fakta yang tidak mampu disanggah. Lihatlah Johor Bahru, Ipoh, Kota Setar, Kuantan dan Seremban berapa kerat orang Melayu yang tinggal di kawasan bandar.
Sebaliknya bandar Kota Bharu yang sentiasa diperlekehkan pemimpin Umno sebenarnya mempunyai jumlah penduduk Melayu paling tinggi di negara ini.
Kira-kira 90 peratus penduduknya ialah orang Melayu. Sedangkan di Kuala Terengganu (70 peratus) dan Alor Star (60 peratus).
Anggota Exco kerajaan negeri, Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan mampu mempertahankan kedudukan orang Melayu kerana mempunyai akta khusus bagi memastikan tanah rezab Melayu tidak disalahgunakan.
“Adanya Akta Kanun Tanah Negara secara khusus di Kelantan yang menghalang tanah milik orang Melayu diambil sewenang-wenangnya menyebabkan hak mereka sentiasa terpelihara.
“Apa ertinya pembangunan pencakar langit seperti di Johor Bahru, Pulau Pinang atau Kuala Lumpur jika hak-hak serta kepentingan orang Melayu semakin terhakis,” ujarnya pada perjumpaan dengan rombongan pelajar dari sebuah universiti awam di sini, kelmarin.
Oleh itu, katanya adalah wajib bagi rakyat Kelantan mempertahankan situasi tersebut di bawah pemerintahan yang bertanggungjawab sekiranya mereka tidak mahu mengulangi apa yang berlaku terhadap orang Melayu di negeri lain.
Menurutnya buat apa pembangunan yang hebat, sedangkan orang Melayu terus terpinggir di bumi sendiri.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi berkata, dalam tempoh 17 tahun pentadbiran PAS Kelantan masih mampu membangun setanding dengan bandar lain.
Bagaimanapun katanya, sebahagian tanah yang dibangunkan tersebut bukan rezab Melayu.
Beliau turut menasihatkan mahasiswa mengubah fahaman belajar tinggi hanya untuk makan gaji semata-mata, sebaliknya berusaha mendapat sebanyak mungkin ilmu.
“Mahasiswa juga perlu mempelajari bahasa lain seperti Inggeris dan Arab bagi membolehkan menyaingi bangsa lain,” katanya. – mj
Contohi lah Pelajar Terengganu ??? July 8, 2007
Posted by dppksetiu in Ulasan Isu.add a comment
Sumber asal :http://www.buletinonline.net
Empat tahun berturut-turut Terengganu berjaya mencapai kecermelangan dalam UPSR sekali gus menduduki tempat pertama dalam peperiksaan tersebut.
Maka dengan bangga dan sombong diri Umno …( ye umno yang keris terlanjang tu) mendakwa itu semua hasil usaha umno melalui pitis ehsan dan skim tuisyen melalui dana khas kerajaan pusat.
Apabila merasakan semua itu usaha mereka, maka banyaklah diseluruh negeri Terengganu di naikkan Billboard yang tertulis dengan perkataan CONTOHILAH PELAJAR TERENGGANU.
Kerana mampu melahirkan kecermelangan dalam UPSR / PMR .

Namum segalanya tinggal kenangan, kecermelagan tersebut tidak berulang lagi, UPSR / PMR pelajar Terengganu tidak sehebat dulu, ianya di tinggal oleh negeri negeri lain.
Tiada lagi kedengaran suara suara megah umno Terengganu.
Cuma yang ada didada dada akhbar sekarang ialah pelajar Terengganu berzina, pelajar khalwat , pelajar mencuri, pelajar Terengganu merompak, malah yang terbaru dan tidak pernah disiarkan oleh akhbar sepasang pelajar dari Sekolah Menegah Kenagsaan Wakaf Tapai , Marang telah dibuang sekolah kerana berkhalwat di sebuah hotel Jalan Sultan Ismail Kuala Terengganu( Dekat je dengan Bangunan Umno Negeri).
Kejadian pelajar mengamok dan menyerang sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Belara Manir , di hari Guru juga merupakan mimpi ngeri bagi umno Terengganu, walaupun ianya tanggujawab Jabatan Pendidikan, adakah mereka hanya mahu mengaku jasa dan usaha mereka bila pelajar cemerlang dan melepas tangan bila moral dan akhlak pelajar merudum…..

Kemudian yang paling terbaru, seorang pelajar sekolah menengah Agama Sultan Zainal Abidin ( L) Ladang telah dibuang sekolah kerana memanjat siling [skodeng] bilik air/tandas guru wanita( Sekolah tersebut adalah sekolah lelaki sahaja). Siling runtuh , pelajar pun jatuh.(runtuh macam bangunan di putraJaya juga kut).Ini semua tidak disiarkan dalam akhbar.
Malah ada sumber mengatakan antara 2 exco, iaitu exco Islam hadhari dan exco pendidikan masing lepas lepas tangan, lebih teruk dari itu saling menunding jari….
TukulBesi : Masih relevankah Billboard….Contohi Pelajar Terengganu?????????atau sudah tiba masanya ianya dicampak ke Laut Cina Selatan bersama ” Lautan Biru Umno”“
Penulis BLOG untuk disewa July 6, 2007
Posted by dppksetiu in Artikel.add a comment
http://ketuaperusuh.wordpress.com/
Jarang saya dapat ketawa besar ketika membaca mana-mana akhbar harian di Malaysia. Kalau ada pun sesekali saya ketawa ialah apabila membaca perkara lucu (spontan atau disengajakan) dan sebagainya.
Hari ini kelucuan terpapar dihalaman akhbar Utusan Malaysia yang membawa tajuk “MT UMNO lantik penulis tangkis fitnah laman blog“. Apa yang menarik adalah ianya telah diarahkan secara terus oleh Abdullah Ahmad Badawi dan unit ini akan dipengerusikan oleh Azalina Othman Said.
Persoalannya disini,
1. Berapakah gaji/elaun yang ditawarkan oleh MT UMNO sebagai bayaran kepada lantikan ini?
2. Berapa ramaikan kakitangan yang diperlukan?
3. Siapakah yang akan membekalkan pekakasan dan perisian komputer?
4. Siapakah yang akan membekalkan maklumat?
Pada pandangan saya, adalah lebih baik jika Azalina Othman Said mempergunakan perkhidmatan www.PayPerPost.com, www.bloggerwave.com, www.sponsoredreviews.com atau www.reviewme.com sebagai medium untuk memudahkan mereka melantik dan membuat pembayaran kepada mana-mana blogger dalam dan luar negara demi untuk menjayakan misi “turning back” komentar yang disuarakan oleh blogger prihatin seperti Malaysia Today, Penarik Beca, Rocky’s Bru, Roslan SMS, Kuda Kepang dan sebagainya.
Dengan cara ini ianya lebih menjimatkan masa dan tenaga malah kos pekakasan dan perisian komputer pun dapat dijimatkan.
Untuk perhatian Azalina Othman Said dan MT UMNO, kami sebagai bloggers prihatin memang tidak mendapat apa-apa bayaran atas usaha kami ini, hanyalah sikap patriotisma kami sahaja yang menjadi pemangkin usaha kami.
Oleh itu adakah anda rasakan bahawa penulis blog yang disewa ini mampu untuk menangkis semua komentar, maklumat serta pandangan yang kami kemukakan? Pastinya ianya agak jauh dari berjaya. Namun anda (Azalina Othman Said, Abdullah Ahmad Badawi & Co serta MT UMNO) bolehlah menggunakan khidmat lebih 60.000 tenaga kerja lepasan diploma dan ijazah yang masih menggangur di Malaysia.
Gunakanlah khidmat mereka ini (60.000 lebih penggangur) yang mana dapatlah mereka mempergunakan wang yang dijanakan untuk membayar balik pinjaman PTPTN mereka. Ini sekaligus akan menyelamatkan dana PTPTN daripada kering tanpa digantikan semula.
Kepada semua penulis blog, adakah anda boleh disewa?
Assalamualaikum July 5, 2007
Posted by dppksetiu in Kenyataan Rasmi.add a comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat datang ke blog RASMI Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiu, semoga anda mendapat maklumat yang betul dan tepat dari kami inysaALLAH.
Admin
dppksetiu@yahoo.com